Tarikh Pengumuman Dividen Bonus Tabung Haji Tahun 2020 Dan Data Rekod Jumlah Peratus Pendapatan Hibah. Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi kewangan Islam patuh syariah utama di Malaysia yang ditubuhkan serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Peranan Utama Tabung Haji
Peranan utama Tabung Haji (TH) adalah merangkumi pengurusan haji, tabungan dan pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit serta perintis dalam institusi kewangan Islam sekaligus memudahkan umat Islam di Malaysia menyimpan untuk tujuan mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah.
Konsep Simpanan Tabung Haji
Secara ringkasnya, Konsep Simpanan di Tabung Haji adalah berdasarkan Wakalah yang bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya bagi mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Kelebihan Menyimpan Di Tabung Haji
Berikut adalah beberapa senarai kelebihan simpanan di Tabung Haji
Kelebihan Simpanan Tabung Haji |
1. Tiada had simpanan |
2. Ditunaikan kewajipan zakat |
3. Dikecualikan daripada cukai |
4. Dijamin oleh Kerajaan |
5. Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji) |
6. Mematuhi shariah Islam |
Senarai Semak
Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Tabung Haji 2020
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat pengumuman berhubung dengan pengagihan peratus pendapatan bonus (hibah) kepada pendeposit. Sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, pendeposit yang belum menunaikan haji akan memperoleh tambahan hibah haji.
Ruangan Pemakluman Tarikh Pengumuman Bonus Tabung Haji 2020
Tarikh |
2 Mac 2021 |
Ruangan Kadar Peratus Hibah (Bonus) Tabung Haji 2020
Tahun | Hibah Tahunan | Hibah Haji |
2020 | 3.10% | Tiada |
Info | ||
1. Hibah Tahunan yang diberikan oleh Tabung Haji (TH) kepada pendeposit adalah berdasarkan prestasi kewangan tahun berakhir bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH. | ||
2. Hibah Haji adalah pemberian khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa. Pemberian Hibah Haji bergantung kepada prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji. |
Carta Rekod Prestasi Pengagihan Peratus Bonus (Hibah) Tabung Haji KWSP Tahun 2019 – 1994
Tahun | Hibah Tahunan | Hibah Haji |
2019 | 3.05% | Tiada |
2018 | 1.25% | Tiada |
2017 | 4.5% | 1.75% |
2016 | 4.25% | 1.5% |
2015 | 5% | 3% |
2014 | 6.25% | 2% |
2013 | 6% | 2% |
2012 | 6.5% | 1.5% |
2011 | 6% | 1.5% |
2010 | 5.5% | 1.5% |
2009 | 5% | 1.5% |
2008 | 5% | 1.5% |
2007 | 5% | 2% |
2006 | 4.75% | 2% |
2005 | 4.5% | 2% |
2004 | 4.3% | 2% |
2003 | 4% | 2% |
2002 | 3.5% | 2% |
2001 | 3.25% | 2% |
2000 | 5.5% | 2% |
1999 | 8% | 2% |
1998 | 8% | 2% |
1997 | 9.5% | 2% |
1996 | 9.5% | 2% |
1995 | 9.5% | 2% |
1994 | 9.5% | 2% |
Artikel Dikemaskini Pada 2 Mac 2021