Permohonan BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat dan semakan keputusan

Permohonan Pendaftaran BPR 2021 Dan Semakan Keputusan Bantuan Prihatin Rakyat. Pemohon yang tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini atas alasan tidak menepati syarat pendapatan bulanan isi rumah atau individu bujang masih mempunyai peluang mendapatkan bantuan dari kerajaan melalui Bantuan Prihatin Rakyat.

Apakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). BPR diperkenalkan menerusi pembentangan belanjawan (bajet) Malaysia 2021 dimana had pendapatan bulanan isi rumah dan individu telah dinaikkan selaras dengan keadaan ekonomi semasa sekali gus membuka peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan BSH sebelum ini.

Had Umur Kategori Individu Bujang Diturunkan Kepada 21 Tahun

Bantuan Prihatin Rakyat turut menyaksikan kelayakan umur penerima bagi kategori individu bujang diturun kepada 21 tahun berbanding BSH sebelum ini yang menetapkan had umur 40 tahun.

Kadar Bantuan Dan Kategori Pendapatan BPR 2021 Lebih Baik Berbanding BSH

Kadar Bantuan Prihatin Rakyat dan kategori pendapatan dilihat lebih baik berbanding BSH apabila isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima BPR 2021 selain kadar bantuan turut dinaikkan serta penambahan duit bantuan mengikut jumlah tanggungan anak. Pemohon boleh membuat semakan kadar jumlah yang akan diterima berdasarkan jumlah pendapatan menerusi lampiran grafik yang disertakan di atas.

Permohonan BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat Kategori Isi Rumah Dan Individu Bujang

Permohonan Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 terbuka kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah dan individu bujang yang berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima BSH sebelum ini tidak perlu membuat permohonan pendaftaran baharu BPR kerana maklumat mereka sebagai penerima sudah terdapat dalam pengkalan data. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti status perkahwinan atau sebagainya perlu membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem BPR.

Senarai Kriteria Syarat Kelayakan Permohonan BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Pemohon baru Bantuan Prihatin Rakyat disyorkan membuat semakan terhadap syarat kelayakan BPR bagi mengetahui pemohon merupakan golongan yang layak membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat.

Syarat Kelayakan Umum Permohonan BPR 2021 Kategori Isi Rumah Dan Individu Bujang

Berikut disertakan syarat kelayakan umum bagi untuk membuat permohonan BPR 2021.

Syarat Kelayakan Umum BPR 2021 Kategori Isi Rumah
1. Berkahwin
2. Ibu Bapa Tunggal | Balu | Janda | Duda | yang mempunyai anak
3. Warga emas Sebatang kara
4. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
5. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
6. Warga emas sebatang kara, Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM5,000 dan ke bawah
Syarat Kelayakan Umum BPR 2021 Kategori Individu Bujang
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan

Tarikh Permohonan BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat kini dibuka bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Sebarang maklumat lanjut dan lengkap serta untuk membuat permohonan sila layari portal rasmi BPR di pautan https://bpr.hasil.gov.my

Artikel Dikemaskini Pada 9 Februari 2021