Permohonan pendaftaran murid darjah 1 tahun 2022-2023

daftar anak masuk darjah 1

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Murid Sekolah Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2022 Dan 2023. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Sistem Modul Pengurusan Murid Secara Dalam Talian (SPATKPM) telah memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Tahun Kelahiran Anak Untuk Permohonan Darjah 1 Sesi Persekolahan Tahun 2022 Dan 2023

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 adalah mengikut tahun kelahiran anak / jagaan masing-masing. Sila rujuk kepada ruangan Tahun Sesi Persekolahan Mengikut Tahun Kelahiran seperti di bawah.

Sesi Persekolahan Tahun 2022Sesi Persekolahan Tahun 2023
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2016 hingga 1.1.2017

Permohonan Kemasukan Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022 Dan 2023 Secara Online Untuk Seluruh Negeri

Permohonan Pendaftaran murid kemasukan ke tahun satu sesi persekolahan 2022 dan 2023 secara online ini adalah terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Cara Buat Permohonan Online Daftar Murid Darjah 1 Tahun 2022 Dan 2023

Permohonan Pendaftaran murid bagi kemasukan ke tahun 1 secara online adalah mudah sekali dimana ibu bapa mahupun penjaga hanya perlu memasukan maklumat profil anak jagaan masing-masing ke dalam sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2022 Dan 2023

Berikut adalah ruangan maklumat berhubung dengan tarikh permohonan pendaftaran kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan 2022 dan 2023.

BukaTutup
1 Mac 202130 April 2021

Panduan Buat Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Darjah 1 Tahun 2022 Dan 2023

1. Ibu bapa ataupun penjaga perlu melayari Portal rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM), sila klik pada pautan di bawah.
https://public.moe.gov.my
2. Sekiranya Ibu bapa atau penjaga merupakan pengguna pertama kali (Pengguna Baru), anda perlu mendaftar (buka akaun) terlebih dahulu sebagai pengguna sistem SPATKPM bagi membolehkan anda dapat mengakses sistem sepenuhnya. Manakala ibu bapa / penjaga yang sudah mempunyai akaun SPATKPM hanya perlu log masuk (log in) dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
3. Untuk keterangan lanjut berhubung dengan cara membuat Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023, sila dapatkan panduan menerusi pautan (link) yang disertakan dibawah.
Senarai Garis Panduan Permohonan Kemasukan Tahun 1

Artikel Dikemaskini Pada 21 Februari 2023