Jadual test Pembayaran Tarikh Gaji Terkini Penjawat Awam Kerajaan Tahun 2021. Semua penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan Malaysia boleh mendapatkan maklumat mengenai gaji kakitangan awam 2021 dengan merujuk kepada jadual pembayaran gaji yang disertakan dalam artikel ini.
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Maklumat tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan tahun 2021 yang disertakan ini adalah berdasarkan surat pekeliling Tarikh Dan Peraturan Gaji Tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 2021
Berdasarkan surat pekeliling tersebut, tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam kerajaan bagi tahun 2021 adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.
Senarai Semak
Jadual Gaji Kerajaan 2021 Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam
Berikut merupakan lampiran penuh tarikh pembayaran gaji bulanan terkini bagi penjawat awam atau kakitangan awam yang merangkumi semua kementerian dan jabatan seluruh negeri di Malaysia
Senarai Tarikh Gaji Kakitangan Awam Kerajaan Bagi Tahun 2021 | ||
Bulan | Tarikh | Hari |
Januari | 25.01.2021 | Isnin |
Februari | 09.02.2021 | Selasa |
Mac | 18.03.2021 | Khamis |
April | 22.04.2021 | Khamis |
Mei | 06.05.2021 | Khamis |
Jun | 14.06.2021 | Isnin |
Julai | 14.07.2021 | Rabu |
Ogos | 19.08.2021 | Khamis |
September | 23.09.2021 | Khamis |
Oktober | 25.10.2021 | Isnin |
November | 25.11.2021 | Khamis |
Disember | 20.12.2021 | Isnin |
Tarikh Penting Berkaitan Gaji Kakitangan Awam Kerajaan Tahun 2021 | |
Tarikh | Perkara |
12 & 13 Februari | Tahun Baru Cina |
13 & 14 Mei | Hari Raya Puasa |
30 & 31 Mei | Hari Pesta Kaamatan |
1 & 2 Jun | Hari Gawai |
20 & 21 Julai | Hari Raya Haji |
4 November | Hari Deepavali |
25 Disember | Hari Krismas |
Artikel Dikemaskini Pada 20 Februari 2023