Jadual Waktu Imsak, Sahur Dan Buka Puasa Bulan Ramadhan 2021 Seluruh Negeri Di Malaysia. Kedatangan bulan Ramadan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia.
Ini kerana bulan Ramadhan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, antaranya adalah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Oleh itu, kita hendaklah berusaha dengan sebaik mungkin bagi merebut peluang yang terbuka luas dengan menggandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang berada dalam bulan Ramadan ini.
Bersempena dengan kehadiran Ramadhan, kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih berpeluang bertemu Ramadan. Peluang yang ada ini tidak sepatutnya disia-siakan. Mensyukuri nikmat dipanjangkan umur dengan bersiap sedia untuk meraih segala bentuk ganjaran sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Senarai Semak
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Seluruh Negeri Di Malaysia
Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menerbitkan jadual waktu Imsak Dan waktu berbuka Puasa bagi zon-zon dan kawasan seluruh negeri di Malaysia.
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) anda boleh mendapatkan jadual berdasarkan kawasan di negeri masing-masing dengan merujuk kepada ruangan pautan lampiran di bawah.
Pautan Lampiran Jadual Waktu Buka Puasa Ramadhan Dan Waktu Imsak Semua Negeri 2021
Anda hanya perlu klik pada setiap nama negeri masing-masing yang ada dalam ruangan di bawah bagi mendapatkan info serta memuat turun jadual waktu berbuka Puasa dan waktu Imsak bulan Ramadhan 2021.
Perlis | Kedah | Pulau Pinang |
Perak | Kuala Lumpur | Putrajaya |
Selangor | Negeri Sembilan | Melaka |
Johor | Pahang | Terengganu |
Kelantan | Sarawak | Sabah |
Labuan |
Artikel Dikemaskini Pada 14 April 2021