Permohonan i-sinar KWSP dan semakan status keputusan

Permohonan Pengeluaran Duit Akaun 1 KWSP I-Sinar Dan Semakan Status Keputusan. Ahli-ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sekarang ini kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan boleh membuat pengeluaran wang simpanan akaun 1 melalui skim i-sinar KWSP.

Tentang Skim I-Sinar KWSP

I-Sinar merupakan Skim terbaharu yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memberi kemudahan akses kepada ahli-ahlinya bagi tujuan mengeluarkan sebahagian wang simpanan akaun 1 satu mereka tanpa menunggu had umur pengeluaran yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Jumlah Pengeluaran I-Sinar KWSP

Bagi skim i-sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan pengeluaran sebanyak 10% daripada jumlah simpanan ahli yang ada dalam akaun 1 dengan had pengeluaran sebanyak RM60,000 bergantung kepada jumlah keseluruhan simpanan.

Contoh Jumlah Amaun Pengeluaran Isinar KWSP

Sebagai contoh, mana-mana ahli yang simpanannya dalam akaun satu mempunyai RM100,000 dan ke bawah akan dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 maksimum. Walaubagaimanapun wang pengeluaran ini akan dibayar secara berperingkat dengan permulaannya sebanyak RM5,000 dan baki seterusnya akan dikreditkan secara berperingkat-peringkat dalam masa enam bulan sehingga mencapai jumlah keseluruhan pengeluaran tersebut.

Bagi ahli-ahli KWSP yang mempunyai simpanan akaun 1 lebih daripada RM100,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran maksimum RM60,000. Walaubagaimanapun wang pengeluaran ini akan dibayar secara berperingkat dengan permulaannya sebanyak RM10,000 dan baki seterusnya akan dikreditkan secara berperingkat-peringkat dalam masa enam bulan sehingga mencapai jumlah keseluruhan pengeluaran tersebut.

Untuk maklumat lebih jelas mengenaikan had pengeluaran duit KWSP akaun satu melalui i-sinar, sila rujuk kepada lampiran yang disertakan di bawah.

amaun pengeluaran isinar kwsp

Kategori Kriteria Kelayakan Permohonan Pengeluaran Isinar

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja telah menetapkan serta menggariskan maklumat berhubung dengan kriteria kepada ahli-ahli KWSP bagi mengetahui sama ada mereka layak membuat permohonan pengeluaran Isinar. Kriteria tersebut merangkumi dua kategori, sila rujuk kepada lampiran yang disertakan seperti di bawah

kategori pengeluaran isinar kwsp

Permohonan KWSP I-Sinar Pengeluaran Duit Akaun 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memudahkan ahli-ahli yang layak untuk membuat permohonan ISinar iaitu dengan menyediakan perkhidmatan permohonan secara online selain ahli-ahli yang mempunyai I-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran ISinar melalui I-Akaun KWSP masing-masing.

Tarikh Permohonan ISinar KWSP Dibuka Bagi Pemohonan Kategori 1

Dibuka
21 Disember 2021

Sistem Permohonan I-Sinar KWSP

Ahli-ahli yang mahu membuat permohonan i-sinar, sila layari Portal Rasmi I-Sinar KWSP melalui pautan yang disertakan di bawah.

Portal Rasmi I-Sinar KWSP
https://isinar.kwsp.gov.my

Infografik Cara Membuat Permohonan I-Sinar KWSP

Sila rujuk kepada lampiran panduan permohonan yang disertakan dibawah bagi mengetahui cara membuat permohonan, Ianya amat mudah sekali!

panduan pengguna permohonan i sinar kwsp

Semakan Status Keputusan Permohonan I Sinar KWSP

Ahli-ahli yang berada dalam kategori satu (1) yang telah membuat permohonan atau permohonan berjaya diterima boleh membuat semakan status permohonan yang akan dibuka bermula 4 Januari 2021.

Tarikh Permohonan ISinar KWSP Dibuka Bagi Pemohonan Kategori 2

Dibuka
11 Januari 2021

Sistem Permohonan I-Sinar KWSP

Ahli-ahli yang mahu membuat permohonan i-sinar, sila layari Portal Rasmi I-Sinar KWSP melalui pautan yang disertakan di bawah.

Portal Rasmi I-Sinar KWSP
https://isinar.kwsp.gov.my

Panduan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan I-Sinar

Selain membuat permohonan Isinar, ahli-ahli KWSP boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan lengkap di dalam portal berkenaan.

Artikel Dikemaskini Pada 21 Disember 2020