Tarikh terkini Pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Jadual Tarikh Dapat Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Kategori Isi Rumah Dan Bujang. Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada penerima sedia ada dan pemohon baru yang permohonan mereka telah disahkan berjaya.

Apakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Bantuan Prihatin Rakyat sama seperti Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun perlaksanaanya telah ditambah baik dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan isi rumah dan individu bujang yang relevan selaras tekanan peningkatan kos sara hidup tinggi masa kini.

Bagaimana Pembayaran BPR 2021 Disalurkan Kepada Penerima

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat akan disalurkan kepada pemohon baru yang berjaya dan penerima sedia melalui akaun simpanan bank masing-masing. Penerima sedia ada bermaksud mereka yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di mana maklumat mereka telah ada dalam simpanan pangkalan data senarai nama penerima.

Mekanisme Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 bagi kategori isi rumah akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan mengikut fasa pembayaran sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan. Manakala bagi kategori individu bujang lelaki atau perempuan pembayaran BPR akan dilakukan secara one-off atau sekali gus.

Jadual Dan Tarikh Terkini Pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Berikut adalah jadual serta tarikh pembayaran terkini Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 sebagai rujukan kepada penerima bagi mengetahui tarikh bayaran BPR 2021 akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing berdasarkan setiap kategori pendapatan penerima.

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Kebawah

Carta jadual pembayaran BPR 2021 di bawah menunjukkan pembayaran kepada kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah serta perbezaan jumlah duit yang dapat mengikut jumlah tanggungan anak.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah
RM1,800RM1,200
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
Jadual Pembayaran
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM300RM?RM?
24 Februari20212021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000

Carta jadual pembayaran BPR 2021 di bawah menunjukkan pembayaran kepada kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,501 hingga RM4,000 serta perbezaan jumlah duit yang dapat mengikut jumlah tanggungan anak.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000
RM1,200RM800
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
Jadual Pembayaran
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM300RM?RM?
24 Februari20212021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000

Carta jadual pembayaran BPR 2021 di bawah menunjukkan pembayaran kepada kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,001 hingga RM5,000 serta perbezaan jumlah duit yang dapat mengikut jumlah tanggungan anak.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000
RM750RM500
Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
Jadual Pembayaran
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM300RM?RM?
24 Februari20212021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Kategori Individu Bujang Berusia 21 Tahun Ke Atas Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah

Carta jadual pembayaran BPR 2021 di bawah menunjukkan pembayaran kepada kategori individu bujang lelaki atau perempuan yang berpendapatan bulanan RM2,500 kebawah yang berusia 21 tahun ke atas.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Keatas
RM350
Jadual Pembayaran
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM150RM?RM?
24 Februari20212021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Artikel Dikemaskini Pada 24 Februari 2021